• Pinjaman Peribadi

  • Kad Kredit

  • Pinjaman Kereta

  • Pinjaman Perumahan

  • Pinjaman Perniagaan

Friday, May 7, 2010

Apa itu Central Credit Reference Information System (CCRIS) ?

Setiap institusi kewangan di Malaysia akan menghantar laporan bulanan kesemua peminjam mereka kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia. CCRIS adalah sistem pangkalan data berkomputer yang menyimpan maklumat yang telah dilaporkan oleh setiap institusi kewangan.

Data pinjaman yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit, dimana ianya boleh diakses oleh mana-mana institusi kewangan apabila diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan).

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisa setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Biasanya, institusi kewangan akan menolak permohonan anda sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman.

Sesetengah institusi kewangan akan menolak permohonan pinjaman perumahan sekiranya Debt Service Ratio berada pada tahap 50% atau lebih, namun tidak semua institusi kewangan begitu.

Permohonan Secara Pos

Permohonan Secara Pos
Utk pemohon yang berada jauh. Urusan penghantaran borang dan segala dokumen adalah menggunakan Pos Ekspress - Dijamin Sampai Esok. Kalau hari ni tak sampai, esok mesti sampai! Sila rujuk pada helaian sisipan Pos Ekspress utk kawasan penerimaan yang lebih dari sehari.Mudah, Murah dan Cepat. Terima Kasih Abg Posmen

Popular Posts

Overlap Atau Setel Pinjaman
Kami pakarnya menyelesaikan atau overlap semua pinjaman lama Anda dengan pinjaman baru yang murah. Anda boleh dapat uang rebat daripada overlap atau membaikpulih slip gaji Anda.